Thursday, September 15, 2011

Masalah adalah anugerah buat insan terpilih..

Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah atas kecintaan dan rahmat daripada-NYA ima masih idop di bumi milik Allah S.W.T.. Lama dah ima tak tulis entry yang panjang lebar..kan..kan..Entry ima kali nie pasal insan yang terpilih..sape insan-insan terpilih nie?? saya! saya! semua pakat nak mengaku..hikhik Bukan senang menjadi insan terpilih..insan teristimewa...tapi tidak mustahil jika kite memang tekad nak menjadi sebahagian daripada golongan ini.Allah Maha Besar yang mencipta sekalian alam di langgit dan di bumi..Insan yang teristimewa...
Allah sentiasa menguji hamba-NYA yang terpilih..masalah datang ganti berganti...baru settle satu masalah datang lagi masalah...Pernah tak kamoo-kamoo dan kamoo alami situasi macam ini?? apa yang kamoo rase?? geram? nak telan orang? bertukar jadi hulk atau angry bird jap? menanges??
tapi insan terpilih akan...
  • senyum dan sentiasa senyum macam lagu ehem2..'senyum..senyum tak perlu kata apa-apa..senyum..~'kerana insan ini sedar Allah SWT sentiasa bersamanya.
  • berfikiran positive..cool jerr...selamba jerr....pernah dengar orang cakap macam ini x..."eh2 try tgk si polan tu...de masalah tapi macam tak dak masalah kan"..sebab insan ini yakin dengan kekuasaan Allah SWT antara doa-doa yang dititipkan dalam solatnya pasti akan dimakbulkan oleh Allah SWT..sama ada lambat atau cepat je...
  • sabar je hadapi ujian datang (bukan semua orang dapat bersabar..menyebut sabar itu mudah tapi menjadikan diri kita untuk bersabar itu yang payah) sebab insan ini yakin setelah Allah SWT datang ribut, badai hujan yang lebat....akhirnya akan dihadiahkan dengan pelangi nan indah yang tiada tandingan.maksud ima insan ini yakin masalah yang datang ini adalah jalan untuk mereka memperolehi nikmat daripada Allah SWT. 
  • Insan terpilih ini TIDAK akan katakan kepada Allah: "Ya Allah aku Memiliki Masalah yang Besar" Tapi katakan kepada masalahnya: "Wahai Segala Masalah aku Memiliki Allah Yang Maha Besar..!! Sebesar apapun masalah, tapi Allah Maha besar.

No comments:

Post a Comment