Tuesday, December 21, 2010

"...SAKIT itu ANUGERAH..."

Menjaga kesihatan dirasa sangat penting ketika kita sedang sakit...SAKIT itu dugaan dari TUHAN...Dugaan itu adalah ANUGERAH ALLAH S.W.T untuk menguji keimanan hambaNYA...ALLAH S.W.T Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNYa...
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. 
(HR. Bukhari dan Muslim ).
Pulang cuti sem kali ini banyak 'plan'ku cancel. 2minggu aku bergelut dengan Demam dan batuk yang amat teruk bagiku...sudah pelbagai ubat ku makan...ubat hospital, klinik, madu mcm2 lagi  la...tapi batuk ku makin terok...dada seperti mahu pecah menahan kesakitan...setiap malam pasti aku tidak dapat lena sehingga ayam berkokok tapi aku masih tidak dapat tido...kebiasaan aku hanya dpt melelapkan mata selepas zohor sahaja...
Suatu malam aku tidak dapat tido...diluar hujan sgt lebat...dadaku sakit teramat sangat seperti ditekan menjadikan aku sukar bernafas sekali sekala air mata jernih hangat menuruni pipiku...Betapa sakitnya aku saat itu hanya Allah yang tahu...aku menahan kesakitan selama 6 jam sementara menanti hari siang... Akhirnya aku disahkan doktor sakit asma...Alhamdulillah masih di peringkat pertama...maknanya asma aku masih diperingkat ringan tapi apa yang merunsingkan aku sem dpn pengajian byk melibat kecergasan fizikal tetapi doktor telah melarangku dari melakukan aktiviti kecergasan... Kini aku terpaksa pakai inhaler walaupun agak janggal tapi amat membantu bila aku sakit...Syukur 'ALHAMDULILLAH....'sekarang aku makin memulih...Doakn kesembuhanku...Amin...